
Active· since Jul 20, 2026
- 61
- days running
- 0
- relaunches
Ad copy
“Kegigihan yang dituntut Allah” bukan tentang sempurnanya fizikal, tetapi kuatnya hati untuk terus melangkah menuju-Nya. Hari ini, kita menyaksikan sendiri semangat luar biasa daripada insan-insan hebat yang membuktikan bahawa tiada kekurangan yang mampu menghalang kerinduan menjadi tetamu Allah. Kesungguhan Encik Azman Bin Hasan bekas atlet Paralimpik Tenis Kebangsaan memberi inspirasi kepada kami untuk lebih berusaha dalam memberikan yang terbaik buat semua duyufurrahman, InsyaAllah. Allah berfirman: “Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar sebagaimana diperintahkan kepadamu…” (Surah Hud, 11:112) Dan juga: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, 2:153) Kegigihan yang Allah tuntut bukan sekadar bekerja keras untuk mencapai kejayaan dunia, tetapi juga: * Terus beribadah walaupun penat. * Terus bertaubat walaupun sering terjatuh dalam dosa. * Terus berbuat baik walaupun tidak dihargai. * Terus berusaha mencari rezeki yang halal walaupun jalannya lebih sukar. * Terus berdoa dan berharap kepada Allah walaupun doa belum dimakbulkan. Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) #ikhlasumrah #umrah1000asnaf #umrah2026 #atletmalaysia #viralmalaysia
Umrah bersama ikhlas.com
Like this ad? Make it yours.
Crush rebuilds this exact creative around your product — your brand, your colors, your offer — in about a minute.





