Skip to content
Shariffudin Sahedan

Shariffudin Sahedan Facebook ad: “Raise Your Business Standard >>>”

Shariffudin Sahedan Facebook ad: Raise Your Business Standard >>>

Ran for 49 days, from May 25 to July 13, 2026, the last day Crush saw it.

Run by Shariffudin Sahedan on Facebook. Crush is not the advertiser and does not verify its claims. See this ad in Meta's Ad Library(opens in a new tab)

Want an ad like this for your product?

Crush makes new ad images for your product from this ad: your logo, your product photo, your offer.

Trials from $19.95 USD, then $79.95 USD a month. Cancel anytime.

About this ad

Meta Ad Library ID
4474878776125390
Platforms
Facebook, Instagram, Messenger and Threads
Relaunches
0

How we count

Ad text

GAMBAR NI DIBUAT OLEH AI, TAPI KEMENANGAN ITU REALITI DAN MUTLAK. APA MAJIKAN BOLEH BELAJAR DARIPADA KEMENANGAN ARSENAL & ARTETA? “Trust the process” bukan slogan kosong. Arteta ambil masa hampir 6 tahun untuk membina Arsenal menjadi pasukan juara. Dalam tempoh itu, Arsenal bukan sahaja membeli pemain, tetapi membina sistem, budaya, disiplin dan cara kerja yang jelas. 1. Duit Penting, Tapi Sistem Lebih Penting Manchester City banyak belanja. Chelsea banyak belanja. Manchester United pun banyak belanja. Jadi pengajaran sebenar bukanlah Arsenal menang kerana tidak berbelanja, tetapi Arsenal menang kerana pelaburan mereka masuk ke dalam sistem yang jelas. Dalam bisnes pun sama. Majikan boleh tambah staf, beli software mahal dan naikkan bajet marketing, tetapi kalau SOP lemah, komunikasi serabut dan leadership tidak jelas, semua kos itu hanya akan jadi beban. 2. Trust The Process, Jangan Cepat Tukar Hala Tuju Arteta tidak bina Arsenal dalam masa sebulan dua. Dia pernah dikritik, pernah gagal dan pernah hampir menang tetapi terlepas. Namun Arsenal terus konsisten dengan proses. Dalam syarikat, ramai majikan cepat panik bila sales turun, staf buat silap atau kempen tidak menjadi. Akhirnya strategi asyik bertukar dan team jadi keliru. Majikan perlu beri masa untuk sistem berjalan, sambil terus memperbaiki kelemahan yang ada. 3. Fokus Pada Small Little Things Kemenangan besar selalunya datang daripada disiplin kecil yang diulang setiap hari. Dalam bola, perkara kecil itu ialah pressing, positioning, set piece, komunikasi dan disiplin pemain. Dalam bisnes, perkara kecil itu ialah report, follow up pelanggan, update kerja, susunan file, ketepatan masa, SOP dan cara team berkomunikasi. Nampak kecil, tetapi benda inilah yang selalu buat operasi bocor kalau tidak dijaga. 4. Pilih Orang Yang Sesuai Dengan Sistem Arsenal tidak sekadar membeli nama besar. Mereka mencari pemain yang sesuai dengan cara Arteta mahu pasukan bermain. Dalam bisnes, majikan juga tidak boleh hanya ambil staf yang nampak pandai semasa interview. Staf perlu sesuai dengan budaya syarikat, boleh ikut SOP, boleh terima teguran dan boleh bergerak bersama team. Orang yang hebat tetapi tidak sesuai dengan sistem boleh merosakkan perjalanan pasukan. 5. Majikan Kena Jadi Coach, Bukan Sekadar Bos Arteta bukan hanya memberi arahan dari tepi padang. Dia membentuk mentaliti, keyakinan dan cara pemain berfikir. Dalam bisnes, majikan pun tidak boleh hanya marah bila staf buat salah. Majikan perlu semak sama ada staf faham expectation, pernah diajar cara yang betul dan ada panduan kerja yang jelas. Bos hanya suruh orang buat kerja. Coach membina orang supaya jadi lebih baik. 6. Jangan Bergantung Pada Seorang “Pemain Bintang” Pasukan juara tidak boleh bergantung pada seorang pemain sahaja. Begitu juga dalam bisnes. Ramai majikan terlalu bergantung pada seorang staf power sampai semua benda dia pegang. Bila dia cuti, sakit atau resign, operasi terus terganggu. Itu tanda bisnes belum cukup sistem. Majikan perlu bina struktur, SOP dan pelapis supaya bisnes boleh berjalan walaupun bukan semua benda perlu melalui orang yang sama. 7. Belanja Besar Tidak Bermakna Kalau Budaya Lemah Ada syarikat nampak berkembang sebab ramai staf, pejabat besar dan bajet besar. Tetapi di dalamnya, budaya kerja lemah. Staf tidak bertanggungjawab, komunikasi berterabur dan semua orang bekerja ikut cara sendiri. Arsenal menunjukkan bahawa kemenangan bukan hanya tentang siapa paling banyak berbelanja, tetapi siapa paling konsisten membina budaya, disiplin dan standard kerja yang tinggi. Kalau anda majikan yang sedang penat urus staf, team makin serabut dan bisnes masih terlalu bergantung pada anda, mungkin ini masanya anda belajar membina pasukan dengan lebih tersusun. Jemput hadir ke Program Mudahnya Menjadi Majikan. Kerana bisnes yang kuat bukan dibina oleh founder yang penat seorang diri. Ia dibina oleh majikan yang tahu membina pasukan.

funnelevo.com

Raise Your Business Standard >>>

Unlock your potential as an Amazing Founder and elevate your business to the next level with strategic leadership.

Learn more: growbisneslebihlaju.com(opens in a new tab)

More ads from the top 1,000

See the top 1,000 ads